2020年4月15日星期三

12 mukim di Selangor zon merah, Kajang tertinggi

by Amin Ridzuan Ishak



SHAH ALAM, 15 APRIL: Sebanyak 12 mukim di negeri ini dikategorikan zon merah apabila mencatatkan lebih 41 kes positif Covid-19, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

JKNS berkata angka Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) negeri sehingga jam 12 tengah hari semalam menunjukkan mukim Kajang terletak di bawah daerah Hulu Langat merekodkan jumlah tertinggi dengan 146 kes.


“Ia diikuti Hulu Langat dengan 142 kes, Damansara (122), Petaling serta Klang (118), Bukit Raja (105), Ampang (68), Cheras (53), Hulu Kelang (50), Kapar (49), Dengkil (48) dan Batu (43).

“Dua mukim pula dikategorikan zon jingga iaitu Serendah (27) dan Rawang (26) manakala 25 mukim zon kuning,” katanya di Facebook.

Katanya mukim tersenarai dalam zon kuning adalah Labu dengan 17 kes, Batang Kali (16), Beranang (13), Kuang (12), 11 kes di Tanjung 12 (1), Jeram (10), Ijok (9), Bagan Narkhoa Omar (8) dan masing-masing tujuh kes di Pancang Bedena, Tanjung 12 (2) serta Teluk Panglima Garang.

“Enam kes di Sabak Bernam, Batang Berjuntai (5), Kuala Selangor (3) dan satu kes di Pasir Panjang, Sungai Panjang, Kalumpang dan Hulu Yam,” katanya.

Zon hijau yang tiada kes adalah mukim Pasangan, Api-Api, Hulu Tinggi, Hujung Permatang, Bandar, Batu (daerah Kuala Langat), Jugra, Kelang, Morib, Buluh Telur, Kerling, Kuala Kalumpang, Pertak, Rasa, Sungai Gumut, Sungai Tinggi dan Hulu Semenyih.

Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan kawasan yang lebih 40 kes sebagai zon merah, manakala zon jingga 21 hingga 40 kes. Tiada kes dianggap zon hijau, sementara 1 hingga 20 kes pula zon kuning.

没有评论:

发表评论