2013年11月28日星期四

MPKj anjur karnival sate empat hari

Kajang: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan menganjurkan Satu Karnival 1001 Rasa Sate Kajang yang akan berlangsung selama empat hari bermula 19 Disember hingga 22 Disember di Taman Tasik  Cempaka, Bandar Baru Bangi, di sini.

Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman berkata, karnival itu bertujuan menghargai peranan pengusaha sate di Kajang selain mempromosikan sate sebagai makanan warisan Negeri Selangor.


Katanya, pihaknya bercadang menjemput 10 peniaga sate di bandar ini sempena karnival yang bakal berlangsung bagi memberi peluang kepada peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dan memperkenalkan kepelbagaian sate yang dijual.

Hasan Nawawi berkata, di Kajang saja terdapat lebih 100 peniaga sate dan kewujudan peniaga sate seperti Willy Sate dan UK Sate yang mendapat sambutan menggalakkan mengukuhkan lagi  kedudukan bandar ini sebagai Bandar Sate. “Dulu bila sebut saja Kajang, orang ramai akan terus bercakap tentang keenakan Sate Haji Samuri, tetapi sekarang keadaan sudah berubah,” katanya ketika sidang media semalam.


“Peniaga sate semakin bertambah, rasa pun sudah berbeza. Melalui karnival ini, secara tidak langsung orang luar sedar kepelbagaian rasa sate yang terdapat di Kajang,” katanya ketika sidang media semalam.


Hasan Nawawi berkata, selain sate, pengunjung yang hadir boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan pihaknya sepanjang program berlangsung.

“Kami juga menyediakan aktiviti yang sesuai untuk pengunjung di semua peringkat umur antaranya seperti pertandingan paintball, futsal, memancing, menghias kek dan banyak lagi selain akan dihiburkan dengan persembahan artis dan kehadiran Upin & Ipin serta Boboiboy,” katanya.

没有评论:

发表评论