2013年11月28日星期四

Pertandingan Fotografi sempena Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2013

Pertandingan Fotografi sempena Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2013

Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) akan menganjurkan pertandingan fotografi besempena dengan pesta Karnival Satay Kajang yang akan diadakan pada 19 hingga 22 Disember 2013.Pertandingan ini mendapat kerjasama daripada Angkatan Senifoto Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Kebudayaaan Negeri Selangor dan Akademi Fotografi Multimedia Sdn. Bhd.

TEMA PERTANDINGAN

Tema pertandingan fotografi ialah “Keriangan dan Persekitaran”. Keriangan bermaksud program Karnival satay kajang ini memberikan seribu makna kegembiraan kepada pengunjung samada bersama teman atau keluarga.
Manakala persekitaran bermaksud persekitaran aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam karnival seperti persembahan kebudayaaan, pertandingan sukan, sekitar pameran, dan sebagainya.

Syarat-syarat pertandingan
1. Warganegara Malaysia tidak mengira peringkat usia.
2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak yang boleh tetapi layak mendapat satu hadiah sahaja
3. Gambar-gambar pertandingan hendaklah dirakam disekitar aktiviti festival dari 19 Disember hingga 22 Disember 2013
4. Gambar mestilah asli dan tidak ada penyuntingan menggunakan Adobe Photoshop atau perisian komputer yang lain
5. Gambar dihantar dalam bentuk cetak berukuran 8”x 12”dan saiz minimum 6 mega piksel.
6. Meterial gambar dalam bentuk CD/DVD juga perlu dilampirkan dibelakang gambar sekurang-kurangnya format Jpeg.
7. Setiap gambar yang dihantar akan menjadi hak penganjur dan boleh disiarkan dalam bentuk media percetakan atau media elektronik dan peserta tidak boleh mengadakan tuntutan.
8. Peserta akan diberikan sijil penyertaan daripada pihak MPKJ dan Angkatan Senifoto Negeri Selangor (ASFONS)
9. Gambar-gambar tersebut hendaklan dihantar pada waktu berkerja kepada :-

Pejabat Majlis Perbandaran Kajang
Bahagian Kebudayaan dan Rekreasi
Menara MPKJ, Jalan Cempaka Putih,
Jalan Semenyih.
43000 Kajang Selangor

Atau
Pejabat Angkatan Senifoto Negeri Selangor
d/a Majlis Kebudayaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Kompleks Belia dan Kebudayaan
Shah Alam, Selangor

10. Tarikh penutup pertandingan 28 Disember 2013 jam 2.00 petang.
PROSES PERTANDINGAN:


1) Aktiviti merakam gambar untuk pertandingan - 19-22 Disember 2013
Pelancaran program pertandingan Ceramah Fotografi – Tajuk Teknik memenangi pertandingan fotografi di Tapak Pesta -21 Disember 2013 Jam 10 pagi
Tarikh Penutup pertandingan 28 Disember 2013 (Hari Sabtu)
Proses Pengadilan pertandingan 3 Januari 2014
Pameran dan Penyampaian hadiah 9 Januari 2014

HADIAH PERTANDINGAN:

Hadiah pertama : RM1,000.00 beserta sijil
Hadiah kedua : RM500.00 beserta sijil
Hadiah ketiga : RM300.00 berserta sijil
20 hadiah saguhati : RM100 dan berserta sijil

Sebarang keterangan lanjut sila hubungi En.Shahrudin ASFONS 012-604 2238 dab En.Awaluddin MKN 019-351 7472

没有评论:

发表评论