2015年12月13日星期日

Jalan Bukit Di Kajang Ditutup Selama 34 Malam Mulai Khamis

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jalan Bukit berdekatan Stesen KTMB Kajang ditutup selama 34 malam mulai Khamis hingga 15 Jan bagi memberi laluan kepada kerja mengangkat gelegar untuk pembinaan stesen tersebut.

MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd berkata penutupan akan dibuat mulai 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Ia berkata pengguna dari Bandar Kajang menuju Taman Bukit Kajang Baru dinasihat membuat pusingan U di hadapan New Era College sebelum melalui Jalan Semenyih.

"Pengguna dari Taman Bukit Kajang Baru menghala Bandar Kajang pula dinasihat menggunakan Lebuhraya SILK dan membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Bukit Kajang untuk ke Bangi," kata MMC-Gamuda dalam satu kenyataan.

Ia berkata Pelan Pengurusan Trafik Fasa Dua untuk Persiaran Surian di Mutiara Damansara di kawasan kediaman Surian Tower dan Bandar Utama 4 akan diteruskan.

Sehubungan itu jalan di hadapan kawasan kediaman Bandar Utama dari persimpangan Jalan PJU 7/1 hingga PJU 7/8 (arah Kota Damansara) akan ditutup selama 24 jam dalam tempoh 50 hari mulai 22 Dis hingga 29 Feb.

Penutupan adalah bagi memberi laluan kepada pergerakan kenderaan pembinaan Stesen dan Pintu Masuk MRT Mutiara Damansara.

Pengguna dinasihat mengunakan laluan kontra yang baharu dibuka di hadapan Surian Tower sejauh 150 meter.

没有评论:

发表评论