2014年12月20日星期六

Simbah cat putus kasih

Oleh Mohd Fadly Samsudin 


fadly@hmetro.com.my


Kajang: Gara-gara cintanya ditolak, seorang remaja lelaki mengamuk sebelum menyimbah cat serta memecahkan kereta milik bapa bekas teman wanitanya.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, suspek berusia 17 tahun itu dikatakan menyerang rumah mangsa di Taman Sakap di sini, ketika penghuni kediaman itu sedang tidur.
Tindakan suspek bagaimanapun disedari penghuni rumah berusia 41 tahun sejurus terdengar bunyi bising di luar rumah.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang juga seorang peniaga terkejut apabila mendapati dua lelaki sedang membaling cat ke arah van yang diletakkan di kawasan anjung rumah.
Menurutnya, suspek turut merosakkan sebuah lagi kereta mangsa yang diletakkan di luar kediaman itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:15 AM

没有评论:

发表评论