2014年9月29日星期一

Kajang dilanda banjir kilat


KEADAAN pekan Kajang yang dilanda banjir kilat sebentar tadi berikutan hujan lebat selama sejam bermula kira-kira jam 4 petang. - Foto Ihsan Twitter Bomba
KAJANG: Hujan lebat lebih sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dan Kampung Sungai Kantan dilanda banjir kilat.
Hujan lebat yang bermula kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan banjir berulang di kawasan sama selepas insiden berkenaan pernah berlaku 10 bulan lalu.
Jurucakap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata, hujan lebat sejak 4 petang di sekitar Kajang menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan menjejaskan pekan itu.
Katanya, anggota penguat kuasa dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan, MPKj dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan pembersihan.
"Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada kira-kira 6.45 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan renyai-renyai," katanya.
Pada Disember tahun lalu, banjir kilat akibat hujan lebat menjejaskan pekan itu dengan peniaga dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air.



没有评论:

发表评论