2013年11月21日星期四

Main Bola, Hilang Telefon & Dompet 打篮球手机钱包被窃

Balakong – Pengunjung Gelanggang Bola Kerajang Kampung Baru Batu 11 Cheras di saran lebih berhati-hati dan menyimpan harta benda mereka dengan lebih baik.

Ahli Dewan Negeri Kawasan Balakong, Ng Tien Chee berkata, aduan mengenai kehilangan harta benda oleh pengunjung gelanggang tersebut semakin membimbangkan. Ini berikutan aduan daripada beberapa orang murid yang mendapati telefon bimbit serta dompet mereka hilang selepas bermain bola keranjang Jumaat lalu. Menurut salah seorang mangsa, beliau pergi bermain bola keranjang bersama rakan-rakan pada Jumaat lalu selepas hari terakhir menghadiri sekolah. Mereka meletakkan harta benda mereka di dalam beg di tepi gelanggang tersebut dan mendapati bahawa benda-benda yang bernilai seperti dompet, i-fon dan sebagainya telah hilang.

Gelanggang tersebut merupakan satu-satunya tempat rekreasi di sekitar kampong tersebut. Terdapat banyak orang yang akan meluangkan masa di sana dengan aktiviti seperti bermain bola, catur dan bersembang. Menurut pengunjung gelanggang tersebut, perkara ini sudah lama berlarutan sejak pembukaannya pada tahun 2002. Ia menjadi lebih ketara kebelakangan ini. 

Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut, Ng berpendapat bahawa beliau bertanggungjawap dalam membantu meningkatkan kesedaran masyarakat agar kadar jenayah dapat dikurangkan. Beliau akan mengkaji kemungkinan untuk meletakkan gerobok di perkarangan gelanggang tersebut supaya beg-beg boleh disimpan di dalamnya. Di samping itu, beliau telah menggantungkan sepuluh banting ‘Awas Pencuri!’ dengan gambar watak perompak Lego. Ini berikutan dengan kontroversi mural (lukisan dinding) di Johor Bahru dengan watak seorang perempuan yang memegang beg tangan Chanel dan seorang lagi perompak oleh pelukis Ernest Zacharevic dengan menggunakan watak jenama alat permainan Lego.

Ng berpandangan bahawa mural Lego ini merupakan satu idea yang kreatif dan pendekatan yang lembut bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peningkatan kadar jenayah. Beliau juga mengedarkan pelekat mural Lego tersebut yang dikatakan merupakan sumbangan daripada penyokong beliau supaya ia boleh dilekatkan di mana-mana tempat yang difikirkan perlu. “Ini merupakan satu notis gambar untuk kesedaran masyarakat dan tidak patut disifatkan sebagai iklan. Ia hanya membawa mesej yang berkepentingan awam tanpa sebarang sifat komersial. Walau bagaimanapun, sesiapa yang ingin melukis atau melekatkan notis ini di atas dinding harus mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis masing-masing dan memaklumkannya kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar tiada perselisihan yang berlaku kelak. Inilah perbezaan antara kerajaan Pakatan Rakyat yang prihatin berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional yang hanya mementingkan imej diri sendiri. Kami akan mengetengahkan isu yang berbangkit berbanding dengan mereka hanya menyapu segala masalah ke bawah tikar, ” tambah Ng.

没有评论:

发表评论