DBKL Tutup Sementara Terowong Lebuh Raya Cheras/Kajang
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara terowong Lebuhraya Cheras/Kajang dari arah Kajang ke Taman Connaught dari 12 pagi hingga 5 pagi mulai 30 Nov hingga 2 Dis ini.
Pengurus Perancangan Korporat DBKL Dr Ismail Stapa berkata penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan blok penurap konkrit bercantum di laluan berkenaan.
"Dalam tempoh itu, laluan terowong ditutup sementara kepada semua kenderaan. Kenderaan dari Kajang ke Taman Connaught diminta menggunakan laluan alternatif sewaktu penutupan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas semasa kerja penyenggaraan dijalankan.
-- BERNAMA

没有评论:
发表评论