2020年3月31日星期二

MPKj kenal pasti 86 lokasi perlu dinyahkuman

Kontraktor menjalankan proses nyahkuman di lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Kajang bagi mengekang penularan Covid-19. Foto ihsan MPKj
SHAH ALAM, 31 MAC: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengenal pasti 86 lokasi tumpuan orang ramai yang perlu dinyahkuman bagi membendung ancaman Covid-19, kata timbalan yang dipertuanya.
Najmuddin Jemain berkata kawasan terbabit adalah bangunan pejabat MPKj, dewan serbaguna, pasar, medan selera dan tandas awam.
“Kerja-kerja nyahkuman dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik termasuk warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula seawal jam 8 pagi sehingga selesai.
“Sebahagian lokasi telah dinyahkuman dan selebihnya akan dilakukan setiap hari mengikut jadual sehingga keadaan kembali selamat,” katanya kepada SelangorKini.
Setakat semalam, Hulu Langat mencatatkan 258 kes positif Covid-19. Hulu Langat adalah antara empat daerah di Selangor yang diisytihar zon merah.

没有评论:

发表评论