2019年6月26日星期三

Pencemaran Sungai Semenyih : bekalan air dijangka rendah bermula malam ini



KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan melaksanakan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ekoran pencemaran bau yang berlaku di sungai tersebut.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, susulan daripada kejadian itu beberapa kawasan di sekitar Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah bermula pukul 9 malam ini.

“Maklumat mengenai kawasan yang terjejas akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pihak kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan kesabaran pengguna amat dihargai.

“Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini, pengguna boleh menghubungi Air Selangor di 15300 atau layari laman sesawang www.syabas.com.my.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

没有评论:

发表评论