Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, suspek dipercayai meragut beg tangan mangsa berusia 25 tahun yang baru keluar dari keretanya di hadapan sebuah premis perniagaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berusia 23 tahun ditahan dengan bantuan orang awam yang mengejarnya selepas meragut beg tangan mangsa.
“Seorang lelaki warga Bangladesh telah mengejar lelaki tersebut dan menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis.
“Lelaki terbabit turut menyerahkan beg tangan milik mangsa yang turut mengandungi telefon bimbit jenis Lenovo, dompet dan dokumen peribadi kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Othman, suspek kini direman enam hari sehingga 1 September ini.