2016年5月19日星期四

Banduan larikan diri ketika terima rawatan di Hopsital Kajang


KAJANG - Seorang banduan lelaki meloloskan diri ketika sedang menerima rawatan di Hospital Kajang di sini hari ini.
Banduan yang dikenali sebagai Chow Kim Liong berusia 44 tahun memakai seluar penjara berwarna merah, berbaju T warna putih dan tangan kiri bersimen ketika melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kehilangan banduan tersebut disedari oleh pihak hospital sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis pada pukul 9.15 malam.
“Banduan berkenaan menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula Selasa lalu dan berakhir pada 4 Disember ini berhubung kes berkaitan dadah.
“Pihak polis telah menggerakkan semua elemen di lapangan untuk mengesan dan menangkap semula banduan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini sebentar tadi. 

没有评论:

发表评论