2014年4月9日星期三

Azizah: Nenek pun mampu menyumbang


ADUN baru Kajang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyelar sindiran pihak tertentu yang menggelarnya sebagai “nenek” yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu baru-baru ini.

Beliau yang juga presiden PKR berkata, walaupun bertaraf “nenek”, beliau masih berjaya mendapat sokongan padu daripada pengundi muda.

"Sambutan pengundi lebih daripada orang muda, walaupun saya dipanggil nenek, (yang) sepatutnya jaga cucu.

“Dan kalau inilah undi yang diberikan, nenek pun mampu menyumbang (berkhidmat)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang DUN di Shah Alam hari ini selepas pembangkang negeri membangkitkan soal penurunan majoriti PKR kepada BN.

Sementara itu, berlaku kekecohan dalam dewan ketika Wan Azizah merujuk pandangan Majlis Peguam berhubung kes liwat suaminya dengan bekas pembantu, Saiful Bukhari Azlan dilakukan "suka sama suka".

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) terus bangun tanpa meminta izin untuk  membidas kenyataan beliau tetapi ditegur Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Kuang (Abdul Shukor) kalau tak tahan nak dengar boleh keluar macam ketua pembangkang (Shamsuddin Lias), kalau duduk dalam nak mencelah, mintak laluan! baca peraturan tetap.

"Minta laluan! Kalau bagi baru bertanya kalau tak bagi, tunggu dulu!

"Saya mintak kuang bertenang, bertenang dulu dia menceritakan kes daripada awal sampai akhir bukan mmepersoalkn proses tersebut. Kalau nak bertanya ikut peraturan!," tegas Nik Nazmi dengan nada tinggi setelah menutup mikrofon Shukor.

没有评论:

发表评论