2013年11月21日星期四

“ITU SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KAMI” - Konstabel Heazreen

“ITU SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KAMI” - Konstabel Heazreen



Aksi Konstabel Heazreen bin Daud, anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh memimpin seorang lelaki kurang upaya melintas jalan telah mendapat reaksi positif daripada masyarakat selepas dikongsikan di Facebook Rasmi PDRM, baru-baru ini. 

Ketika ditemui, beliau memberitahu bahawa ia merupakan tugas dan tanggungjawab sivik anggota polis untuk membantu orang ramai pada bila-bila masa tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Dalam insiden lain, gambar Koperal Mohamad Suhaimi juga anggota trafik dari cawangan sama turut membantu penunggang motosikal yang mengalami kemalangan jalan raya dengan memegang payung bagi melindungi mangsa daripada terkena hujan.

Tindakan ini juga mendapat perhatian warga media sosial. Beliau turut mendapatkan bantuan ambulans dan pegawai penyiasat.

Ketika kejadian, Koperal Suhaimi dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai penugasan namun terserempak dengan kemalangan tersebut.

Pegawai Penguatkuasa Trafik IPD Ipoh, Inspektor Jamil berkata, pegawai polis yang menghulurkan bantuan kepada orang ramai merupakan contoh terbaik untuk menaikkan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat.

Beliau turut mengingatkan anggota-anggotanya supaya setiap pertolongan dan bantuan yang dihulurkan semasa menjalankan tugas dilakukan dengan ikhlas serta tidak mengharapkan balasan atau ganjaran daripada orang ramai.

Sumber: China Press

没有评论:

发表评论